MANJAKAN DIRI ANDA DENGAN LULUR SPALulur atau body scrub sudah lama diamalkan di Malaysia sejak zaman nenek moyang kita. Terdapat pelbagai jenis lulur tradisional yang tersebar di berbagai pelusuk nusantara dengan berbagai ciri khas dan khasiat. Lulur merupakan salah satu perawatan kecantikan mahupun sebagai terapi kesihatan.
Kami di MamaJune Spa menggunakan resepi tradisi turun temurun untuk membuat bahan-bahan lulur kami.
Menggunakan herba-herba yg dipilih segar oleh MamaJune sendiri, menjanjikan kepuasan dan pengalaman baru kepada pelanggan kami. |
LULUR SUSULulur ini sudah dikenali oleh para puteri sebagai salah satu rahsia kecantikan mereka. Manfaat lulur ini adalah mengangkat sel kulit mati, menghilangkan bau badan, memberi nutrisi pada kulit, mencerahkan serta menjaga kelembapan kulit agar sentiasa lembut dan halus.
|
LULUR HERBARamuan lulur ini diperbuat daripada bahan-bahan campuran segar herba semulajadi seperti temukunci, halia , cekur, kunyit dan
lain-lain. Sangat baik untuk mengurangkan angin, menghilangkan keletihan dan juga kram otot. |
LULUR GARAM ASAM JAWASalah satu perawatan kulit khas biasanya digunakan calon pengantin untuk mendapatkan kulit yang halus, lembab , dan segar. Campuran daripada garam gunung, asam jawa, sari beras dan juga cekur akan digosok dengan gerakan memutar agar sisa-sisa sel kulit mati berjatuhan bersama sisa lulur yang mengering.
|
LULUR KENCUR PANDANMengandungi bahan asas dari seri beras, kunyit, cekur, dan pandan wangi. Fungsinya adalah untuk mendinginkan kulit, hingga tampak kuning langsat, bersih, dan halus.
Bauan dari pandan wangi juga menjadi aromateraphy untuk menenangkan dan menghilangkan stress. |
|
ALAMINYA SENDIRI |
|
Alami sendiri pengalaman mandian Lulur Home Spa daripada MamaJune Spa. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar daripada rumah, kami akan bawa spa ke rumah anda. Lebih privasi dan lebih selesa. Kami memahami anda kerana kami juga wanita.
|
|